fbpx

Semalam berita tentang kematian bekas penyanyi kumpulan In-Team iaitu Suhaimi Saad telah menggemparkan Malaysia kerana Allahyarham baru sahaja ditidurkan pada beberapa hari yang lalu akibat organ dalamannya gagal berfungsi dengan baik.

Selepas Allahyarham disahkan meninggal dunia, Ina Naim iaitu isteri arwah sempat ditemu bual oleh media dan difahamkan suaminya itu pernah memberitahu kepadanya bahawa beliau hanya mahu hidup sehingga usianya cecah 43 tahun sahaja.

Meninggal Pada Umur 43 Tahun Seperti Yang Diharapkan

Berdasarkan sumber yang dilihat dari Harian Metro, Ina atau nama sebenarnya Nordiana Mohd Naim memaklumkan bahawa perkara tersebut diluahkan oleh suaminya, namun tidak menyangka ia menjadi kenyataan kerana usia Suhaimi Saat baru sahaja genap 43 tahun pada tahun ini. Allahyarham disahkan meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru, Johor pada malam tadi akibat jangkitan kuman di paru-paru.

“Ketika hidup, arwah suami ada cakap hendak hidup sehingga usia 43 tahun, dan 12 Oktober lalu genap usianya 43 tahun,” ujarnya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik HSI.

Sakit Sejak Ogos Hingga Susut Berat Badan Sebanyak 20KG

Mengulas lanjut, Ina menceritakan suaminya sudah mula sakit sejak Ogos lalu dan kesihatannya semakin merosot selepas mengalami cirit-birit sehingga susut berat badan sebanyak 20 kilogram. Suhaimi Saad menghembuskan nafas terakhirnya dengan tenang disisi isteri dan anak-anak.

“Arwah suami pergi dalam keadaan yang tenang dan mudah, di sisi saya serta semua anak-anak kami. Arwah tidak muntah hanya batuk teruk sejak bulan Ogos dan alami cirit birit. Arwah dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) sejak 10 November lalu. Sejak di Hospital Kota Tinggi lagi, arwah minta ditidurkan sebagai ikhtiar terakhirnya,”katanya.

Menurut Ina, arwah hanya meninggalkan pesanan meminta maaf kepada semua orang seperti mana dimuat naik di laman TikTok miliknya sebelum ditidurkan. Sebagai isteri arwah, pihak Ina memanjatkan permohonan maaf bagi mewakili arwah suaminya kepada semua.

Kredit: Harian Metro

[fbcomments]