Seorang wanita maut dibakar suami sendiri gara-gara tidak berpuas hati dituduh menagih dadah, yang dipercayai berlaku ni kediaman mereka di Kampung Bharu, kelmarin.
Mangsa Tidak Dapat Diselamatkan
Menurut sumber BH Online, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah, berkata Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung telah menerima panggilan daripada seorang wanita yang memberitahu tindakan kejam adiknya itu pada jam 6.42 petang, kelmarin.
Berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh wanita terbabit, mangsa yang berusia 33 tahun dibawa ke Hospital Seri Manjung untuk menerima rawatan, namun beliau tidak dapat diselamatkan. Mangsa telah disahkan meninggal dunia pada 12.20 tengah hari semalam.
Suspek Direman Selama Tujuh Hari
“Bedah siasat akan dijalankan pada esok pagi (hari ini) bagi mengetahui punca kematian”, jelas Mohamed Nordin Abdullah.
“Hasil siasatan awal mendapati punca kejadian (suami bakar isteri) disebabkan suspek tidak berpuas hati dengan mangsa dan keluarga kerana menuduh suspek mengambil dadah. “Polis menangkap suspek yang berusia 28 tahun di sebuah restoran di Lumut, di sini kira-kira 11 malam, semalam”, katanya dalam kenyataan yang dibuat semalam.
Suspek akan direman selama tujuh hari sehingga 18 Julai depan bagi siasatan lanjut dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Kredit: BH Online