Seorang lelaki berstatus suami orang lingkungan 50-an bersama pasangannya, seorang wanita berstatus janda muda, ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas dipercayai berkhalwat di sebuah bilik hotel di Batu Pahat pada tengah malam kelmarin.

Pasangan Curang Sanggup Tempuh lebih 100km Semata-Mata Untuk Cuti Bersama

Serbuan dilakukan sekitar jam 12 tengah malam itu mendapati pasangan tersebut sanggup menempuh perjalanan lebih 100 kilometer dari negeri lain semata-mata untuk bersama ketika cuti hujung minggu. Lelaki terbabit bekerja sebagai pegawai manakala wanita berkenaan bertugas di sebuah syarikat swasta.

Menurut kenyataan JAINJ, lelaki berkenaan memberi alasan kepada isterinya kononnya menghadiri kursus di Batu Pahat. Namun hasil siasatan, alasan itu hanyalah helah untuk bertemu pasangannya yang sudah lama dikenalinya.

Gambar Hiasan

“Lelaki terbabit mempunyai isteri dan anak, manakala wanita berstatus janda muda itu tidak mempunyai anak. Mereka dipercayai menjalinkan hubungan sejak sekian lama tanpa pengetahuan isteri lelaki tersebut,” kata JAINJ.

Pasangan itu turut mengakui Batu Pahat dipilih sebagai lokasi kerana lelaki terbabit memberi alasan tertarik dengan makanan di daerah ini. Mereka kini disiasat mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997, dan keterangan sudah direkodkan bagi tujuan pendakwaan.

Kredit: Berita Harian

 

[fbcomments]