Suasana pilu menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Maqbarah Salimah, Taman Intan Perdana semalam ketika pengebumian dua beradik yang maut selepas kereta dinaiki mereka terjunam ke dalam Sungai Linggi, Tanjung Agas pada minggu lalu.
![]()
Video di bawah:
https://vt.tiktok.com/ZSDeHDWHc/
Pengebumian Dua Beradik Mangsa Lemas Jadi Pilu, Saksi Tragedi Menangis Tanpa Henti
Antara yang mencuri perhatian pada majlis itu ialah seorang lelaki dikenali sebagai Ade Mos, 47, yang dilihat menangis tanpa henti sejak jenazah dibawa ke liang lahad hingga bacaan doa selesai. Ade yang juga saksi kejadian tidak dapat menyembunyikan rasa terkilan kerana gagal menyelamatkan kanak-kanak berkenaan walaupun sudah berusaha sedaya upaya ketika insiden berlaku.
Menurutnya, pertemuan singkat dengan keluarga mangsa seminggu sebelum tragedi ternyata meninggalkan kesan mendalam. Dia sering melihat bapa mangsa membawa anak-anaknya memancing di tepi sungai dan sempat beberapa kali berbual bersama mereka. Hubungan itu menjadi lebih rapat apabila kanak-kanak perempuan dalam keluarga berkenaan sering bertegur sapa dengannya dengan sikap ceria dan petah berbicara.
![]()
“Keletahnya yang manja buat saya rasa seperti dia anak saya sendiri. Walaupun perkenalan itu singkat, ikatan emosi yang terjalin sangat mendalam sehingga saya sendiri tak boleh lupakan,” katanya sambil menahan sebak.
Ade menjelaskan, sejak kejadian berlaku, dia kerap tertanya-tanya bila jenazah kanak-kanak itu akan dikebumikan kerana timbul isu berkaitan status agama mereka. Apabila menerima panggilan daripada pihak polis memaklumkan pengebumian akan dilakukan, dia segera hadir untuk memberikan penghormatan terakhir kerana merasakan dirinya sudah terlalu dekat dengan arwah.
![]()
Sementara itu, bapa mangsa berusia 46 tahun yang kini direman berhubung kes berkenaan turut dibawa ke tanah perkuburan dengan kawalan polis. Namun, dia hanya berada di dalam kenderaan dan meninggalkan kawasan tersebut sebelum proses pengebumian selesai.
Tiada ahli keluarga lain yang kelihatan hadir di majlis tersebut. Pengebumian dua beradik itu sebaliknya diuruskan dengan kehadiran penduduk kampung, pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) serta polis yang turut mengiringi sehingga selesai.
Kredit: Sinar Harian