fbpx

Bapa kepada kanak-kanak autisme Zayn Rayyan yang dibunuh pada tahun lalu iaitu Zaim mendakwa dirinya telah difitnah dan dianiaya ketika ditemui di Mahkamah Majistret hari ini.

“Saya Dianiaya, Ini Semua Fitnah!”

Berdasarkan laporan Harian Metro, kenyataan itu dikeluarkan oleh bapa Zayn Rayyan ketika dia dibawa di Mahkamah Majistret pada pagi Jumaat.

“Saya dianiaya, ini semua fitnah,” laungannya yang menjadi kecoh di perkarangan mahkamah berkenaan.

Sementara itu, peguam yang mewakili ibu bapa Zayn Rayyan iaitu Fahmi Abd Moin mengesahkan beliau telah dilantik untuk mewakili mereka selepas seorang peguam telah menarik diri.

Turut berada di luar mahkamah adalah keluarga kepada ibu bapa Zayn yang memegang kain rentang bertulis ‘Justice Zaim dan Isma’.

“Kami mahu pembunuh yang sebenar, ibu tahu Zaim tidak salah”, jerit ibu kepada bapa Zayn yang meminta keadilan untuk anak lelakinya itu.

Sebelum ini, Pada 6 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia di anak sungai berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam. Mayat mangsa ditemukan oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya.

Mangsa sebelum itu dilaporkan hilang di kawasan kediamannya sebelum ditemukan terbaring di sungai itu yang jaraknya kira-kira 200 meter dari kediamannya.

Polis mengesahkan mangsa dipercayai dibunuh selepas hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah.

Kredit: Harian Metro

 

[fbcomments]