fbpx

“Saya ingatkan patung, rupanya bayi,” kata Hassanudin Sabang, 28, yang menemui mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat dan cukup sifat di tempat pembuangan sampah di Taipan, Inanam kira-kira jam 12.30 tengah malam.

Hassanudin yang juga peniaga bakso berkata, ketika membuang sampah, dia terpandang satu bungkusan plastik berisi seperti anak patung.

“Saya cuba memeriksa dan melihat ada tompokan darah pada bungkusan plastik itu. Saya kemudian mengangkat dan tiba-tiba terkeluar tubuh bayi yang masih bertali pusat.

“Saya terus meminta bantuan beberapa individu berhampiran lokasi berkenaan untuk segera menghubungi polis.”

Terkejut dan sedih

“Saya sedih melihat keadaan bayi diperlakukan sedemikian, kerana saya juga mempunyai seorang anak berusia sebulan.”

Hasil pemeriksaan mendapati bayi itu adalah lelaki yang masih bertali pusat, cukup sifat dengan berat kira-kira empat kilogram.

Mayat bayi berkenaan di bawa ke Hospital Queen Elizabeth I untuk bedah siasat.

Sehubungan itu pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian menyalurkan ke pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut.

[fbcomments]