Baru-baru ini tular di laman media sosial apabila seorang artis tempatan iaitu Nina Iskandar telah memuat naik satu posting berkenaan berita palsu tentang dirinya dengan mengatakan bahawa dirinya sudah meninggal dunia.

Penyebaran berita yang tidak berasas itu telah menimbulkan rasa kebimbangan dalam keluarga terdekat dan ia juga menggugat mental pelakon berkenaan.

Saya Masih Hidup Dan Sihat

“Innalilahi, khabar pilu pelakon Nina Iskandar tewas kemalangan hari ini. Salam takziah buat keluarga dan sahabat Allahyarham. Moga ditempatkan dikalangan orang-orang beriman”, antara kata-kata fitnah yang dimuat naik oleh individu yang tidak bertanggungjawab di laman Facebook.

Pelakon Andainya Takdir dan Rumah Siti Khadijah itu menjelaskan bahawa berita kematian tentangnya itu telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan keluarga dan mereka yang mengenalinya. Berita ini juga disampaikan menerusi orang tuanya sendiri.

Dapatkan Sumber Sahih Dahulu Sebelum Sebarkan

“Saya ingin ingatkan agar tidak menyebarkan berita tidak benar tanpa mendapatkan maklumat sahih terlebih dahulu. Daripada sebarkan cerita tidak benar saya kemalangan, lebih baik buat cerita baik-baik dan doakan kesejahteraan saya. Tak pasal-pasal buat orang panik”, kata Nina.

Nina yang dituduh meninggal dunia atas sebab kemalangan jalan raya itu mohon kepada individu yang tidak bertanggungjawab agar tidak melibatkan sebarang berita tidak berasas dan hentikan penyebaran palsu.

Kredit: Instagram Ninaiskandar, BH Online

[fbcomments]