Usahawan kosmetik sensasi, Safiey Ilias meluahkan isi hatinya yang berasa tertekan selama ini akibat terus dikecam oleh warganet kerana penampilannya seperti seorang wanita.
Menurut Safiey dia akui bahawa dirinya merupakan seorang transeksual (mak nyah) dan tidak malu untuk mengaku akan statusnya kerana enggan berpura-pura.
Tambahnya lagi, cukup selama ini dia menerima dengan hati terbuka segala kecaman dan teguran, namun netizen tidak mengetahuu bahawa dia telah lama bertarung dengan tekanan perasaan (depression).
Tak apa if u hate me , if u dont like me
Saya selalu dibuli , dihina , dicaci , dimaki . Dimedia sosial , macam-macam penghinaan diberi
Dah 5 tahun saya bertarung dgn depression dan bipolar , semua hinaan, saya telan . Saya tak malu mengaku saya siapa . Maafkan saya jika kehadiran saya membuatmu tidak senang . Saya tak mintak apa-apa , sekadar secebis kasih sayang.
Mohon maaf
Namun dalam masa yang sama, beliau turut memohon maaf seandainya ramai yang tidak senang dengan kehadirannya dan berharap agar orang ramai tidak terus menentangnya.
Its okay saya dimaki kerana terlalu jujur tentang semua benda . Daripada saya menjadi fake dan nampak mulia dimata semua.
Terdahulu, Safiey menjadi perhatian setelah beberapa kali mengubah penampilannya daripada seorang lelaki kepada seorang wanita dan sebaliknya. Dia turut pernah diundang ke sebuah rancangan bagi berkongsi kisah hijrahnya itu sebelum kembali menjadi seorang wanita.
Sama-sama kita doakan moga beliau mendapat hidayah dan kekuatan untuk kembali pada fitrah.