Zaman sekarang kes sondol-menyondol telah menjadi lumrah. Disebabkan wujudnya media sosial seperti Facebook dan Twitter, kes kecurangan pasangan menjadi bahan bacaan umum ditambah pula dengan budaya menumpakan ‘tea’.

Begitulah yang terjadi apabila Farisha Iris menjalin hubungan dengan teman lelakinya, Hardee. Ramai yang menyangka Farisha telah merampas tunang pempengaruh jelita iaitu Myra Zainal.

Myra sebelum ini pernah mendedahkan hubungan dia dan pasangan terlerai ditengah jalan apabila wujudnya orang ketiga.

Bagaimanapun, Farisha yang pernah menjadi naib johan Idola Kecil 4 ini berkata, dia bercinta dengan pasangannya Mac lalu seteleah sekian lama Hardee memutuskan ikatan tunang.

“Kenyataan yang mengatakan saya perampas memang tidak tepat kerana saya kenal Hardee awal tahun ini dan dia sudah lama putus tunang.”

“Kes itu sebenarnya sudah lama. Saya pun sedia maklum tentang perkara itu termasuk bila dia putus tunang dan sebagainya.”

Farisha juga ada mendapatkan kepastian dari pasangannya itu untuk mengelakkan berlaku salah faham di kemudian hari. Namun, Farisha sendiri tidak gemar membangkitkan kisah lalu pasangannya itu.

“Saya tak gemar nak ambil tahu kisah silam dia sebelum ini sebab saya sendiri tak suka kalau orang nak korek kisah lalu saya. Kalau saya nak tahu, saya tanya dia dan teman lelaki saya pun akan sertakan bukti untuk menjawab persoalan saya

Hardee pada 2 Jun juga ada membuat kenyataan di Instagram storynya yang menyatakan Farisha bukanlah orang ketiga seperti yang didakwa.

Farisha juga mengaku tidak kisah akan kata-kata netizen kerana dia lebih tahu apa yang berlaku.

Sumber: Kosmo, Instagram

[fbcomments]