Tindakan seorang pemuda yang memilih untuk menyelesaikan insiden kemalangan kecil tanpa sebarang tuntutan terhadap pemandu warga emas mencuri perhatian ramai selepas dikongsi menerusi sebuah video di aplikasi TikTok.

@shahbusy

Uncle ni terlanggar kereta Shah, then dia explain tengah susah sekarang. So we just shook hands, and settled.

♬ original sound – shahbusy – shahbusy

Sikap Toleransi Pemuda Selepas Keretanya Dilanggar Raih Pujian Warganet

Dalam video tersebut, pemuda dikenali sebagai Shahrul Afizie, atau @shahbusy di TikTok, dilihat berdepan satu situasi kemalangan kecil apabila kereta jenis Honda miliknya dilanggar oleh sebuah kenderaan lain. Walau bagaimanapun, cara beliau mengendalikan situasi itu dengan tenang dan penuh bertimbang rasa mendapat pujian ramai.

Insiden berkenaan berlaku apabila seorang lelaki warga emas, yang dirujuk sebagai “uncle” dalam video itu, secara jujur mengakui kesilapannya serta memaklumkan bahawa dirinya sedang berdepan dengan kesukaran kewangan.

Dalam rakaman berdurasi kurang seminit itu, lelaki berkenaan dilihat menawarkan bayaran sebanyak RM100 sebagai ganti rugi, namun Shahrul dengan sopan menolak tawaran tersebut dan menasihatinya agar lebih berhati-hati di masa akan datang.

“Simpan duit tu, Uncle. Tak perlu bayar, ini cuma calar sikit sahaja,” katanya sambil berjabat tangan dengan pemandu terbabit.

Sikap bertolak ansur dan kemanusiaan yang ditunjukkan Shahrul telah mendapat reaksi positif dalam kalangan pengguna media sosial, yang memuji pendekatan matang dan berhemah pemuda tersebut. Ramai turut menyifatkan tindakan itu sebagai contoh terbaik dalam mengamalkan nilai empati dan belas ihsan dalam kehidupan seharian.

Menerusi pemerhatian pada video yang tular, kerosakan pada kereta Shahrul hanya melibatkan sedikit kesan calar pada bahagian hadapan sisi kanan.

Kredit: TikTok shahbusy

 

[fbcomments]