fbpx

Hati si ibu mana yang tidak kecewa bila mengetahui anak kesayangan dipercayai terbabit dalam pembunuhan remaja perempuan, Siti Nur Surya Ismail dalam kejadian di Kampung Lubuk Batu, Telemong pada Ahad lalu.

BACA : Rakan Baik Mengaku Bunuh Surya, Sempat Ambil Duit & Alat Solek Lepas Bunuh

Bagaimanapun, Mala (bukan nama sebenar) akur dengan ketetapan Allah SWT selain menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menentukan masa depan anaknya.

Ingin menziarahi keluarga mangsa

Menerusi laporan eksklusif Astro Awani, Mala ada menyimpan hasrat bagi menziarahi keluarga Allahyarham sejak hari pertama kejadian apatah lagi keluarga mangsa disifatkan sangat baik.

Tentulah saya teringin sangat untuk pergi berjumpa sendiri dengan keluarga Allahyarham Surya. Mereka orang baik. Tanggungjawab dan kewajipan saya untuk pohon kemaafan atas segala yang berlaku.

Mereka tentunya terlalu sedih yang sukar digambar lebih daripada saya. Tapi buat masa sekarang urusan saya sekeluarga dengan pihak polis agak banyak dan saya akui berada dalam keadaan terkejut dan tertekan.

Insya-Allah saya akan pergi (ziarah keluarga Allahyarham Siti Nur Surya).

Sesuatu yang bukan mudah untuk dihadapi oleh mereka sekeluarga, namun itulah takdir Ilahi. Semoga mereka sekeluarga terus tabah dan kuat dalam menghadapi dugaan ini.

[fbcomments]