Usahawan Ridzuan Okumura masih dihimpit kesedihan atas pemergian isterinya, Allahyarham Aishah Abdullah atau lebih dikenali sebagai Akiko Okumura. Rasa kehilangan itu terus dirasai apabila Ridzuan berkongsi momen indah bersama arwah menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok baru-baru ini.

@ridz_okumura

Maaf saya tak tau nk tutup rmabut arwah tapi ini semua memori saya,saya terlalu rindu kan arwah Alfatihah buat insan yg terlalu sya cintai, Allah bagi saya pinjam 16tahun ,tapi saya tahu arwah tahu saya terlalu sayang kan dia dan sky,dan saya tahu arwah 💯 peratus sayang kan saya dan sky😭😭 saya tak kuat,kalau saya tak da sapa lah nk jaga sky😭😭saya pun tak tau ajal saya bila,kalau sya pergi dulu,sya dh buat keputusan sky akan balik ke japan besama opah nya dan pakcik nya di japan 🇯🇵 😭😭😭

♬ original sound – haikalanuar – Haikal anuar

Ridzuan Okumura Luah Kerinduan, Rancang Hantar Anak Ke Jepun Jika Ditakdirkan Pergi Dulu

Dalam video berkenaan, Ridzuan memaparkan detik bahagia mereka sewaktu sesi siaran langsung di platform tersebut. Bersama video itu, beliau turut meluahkan kerinduan mendalam terhadap arwah isterinya yang telah pergi buat selamanya.

Lebih memilukan, Ridzuan dalam perkongsiannya turut menyatakan bahawa jika sesuatu berlaku kepadanya kelak, beliau telah membuat keputusan untuk menghantar anak mereka, Sky, kembali ke Jepun di bawah jagaan nenek dan bapa saudaranya.

“Maaf saya tak tau nak tutup rambut arwah tapi ini semua memori saya. Saya terlalu rindukan arwah. Al Fatihah buat insan yang terlalu saya cintai, Allah bagi saya pinjam 16 tahun.

“Tapi saya tahu, arwah tahu saya terlalu sayangkan dia dan Sky, dan saya tahu arwah 100% sayangkan saya dan Sky.

“Saya tak kuat. Kalau saya tak ada siapalah nak jaga Sky. Saya pun tak tahu ajal saya bila. Kalau saya pergi dulu, saya dah buat keputusan, Sky akan balik ke Jepun bersama opahnya dan pakciknya di Jepun,” luahnya dalam kapsyen yang mengiringi video tersebut.

Perkongsian itu mengundang rasa simpati ramai apabila rata-rata netizen meluahkan rasa sebak serta mendoakan agar Ridzuan terus tabah menghadapi ujian ini. Ramai juga yang memberikan kata-kata semangat kepadanya agar terus kuat demi membesarkan Sky.

Terdahulu, pemergian Akiko Okumura mengejutkan ramai pihak, terutama dalam kalangan kenalan dan pengikut pasangan ini di media sosial. Semoga Ridzuan dan anaknya terus diberi ketabahan dalam meneruskan kehidupan tanpa insan tersayang.

Kredit: TikTok ridz_okumura

 

 

[fbcomments]