Gara-gara isu panas Mas Idayu dan Sissy Iman baru-baru ini, telah tular video lama dimana seorang lelaki bertindak melawan Mas Idayu ketika sesi uji bakat Mentor 2014.

Sewaktu ditemu ramah mStar, lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Erdy Sofian itu mengaku tidak menyangka video tersebut akan kemabli mendapat perhatian warga net.

Ditanya tentang pendapat tentang kontroversi Mas Idayu yang mengkritik pedas persembahan Sissy Iman, Erdy, 31 tahun berkata baginya juri perlu menegur dengan berhemah.

“Saya tak tuju mana-mana pihak… sesiapa sahaja bila jadi juri sekurangnya kalau nak menegur tu biar bertempat.
“Tak perlu jerit-jerit tak perlu marah-marah dan saya nasihatkan kalau boleh sebelum jadi juri tu ambil wuduk dululah supaya tak ikut hasutan syaitan,” katanya.

Penjual kereta itu mengaku trauma menyertai mana-mana uji bakat nyanyian. Namun, dia tidak menyimpan dendam terhadap penyanyi tersebut.

“Uji bakat di kenduri kahwin adalah, tak jadi penyanyi pun takpe. Alhamdulillah dengan rezeki (kerja) sekarang. Nyanyian sekadar suka-suka sahaja.
“Kalau berjumpa dengan Mas Idayu, takkan nak buat muka. Sekurang-kurangnya melemparkan senyuman. Apa yang jadi, biarkan berlalu. Kita move on,” ujarnya.

Terdahulu, kritikan pedas Mas Idayu yang membuatkan Sissy menangis telah menimbulkan pelbagai reaksi dari netizen. Famili Duo minggu ini merupakan pusingan separuh akhir yang bakal menentukan empat pasangan duo yang layak ke Final minggu hadapan.

Sumber:mStar

[fbcomments]