Saya sedia berdamai dengan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan tidak mahu mana-mana pihak menyimpan dendam.

Itulah kata-kata pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid atau lebih dikenali sebagai Asri Janggut.

Sedia berdepan dengan MBSA

Menurut Asri, dia dah bersedia berdepan dengan MBSA untuk berdamai dan membuat permohonan maaf.

Memang ada perancangan saya untuk berjumpa dengan MBSA, saya juga ada membuat kesilapan yang mungkin boleh menyinggung banyak pihak.

Saya tidak mahu ada pihak yang menyimpan dendam dan bergaduh mengenai isu ini.

Sama-sama perbaiki diri

Menurutnya, dia juga sedia untuk memperbaiki diri dan membetulkan seberang kesilapan yang dibuat.

Kita sama-sama betulkan, sama-sama perbaiki dan sama-sama buat baik untuk negara.

Selama ini, penjaja kecil tidak diberi perhatian dan hikmahnya kini ia adalah untuk permudahkan urusan semua pihak.

Memberi peluang pada orang susah memulakan perniagaan

Asri turut sempat menjelaskan bahawa Hot Burger Malaysia adalah perniagaan yang memberi peluang kepada fakir miskin atau orang susah untuk memulakan perniagaan.

Malah sejak enam tahun lalu,pihak Hot Burger telah memberikan peralatan percuma, modal permulaan dan gerai untuk membuka perniagaan dan menjual burger.

Jadi, jika ada mana-mana pihak yang ingin membuat permohonan kita akan semak, tidak kira di mana termasuk di Sungai Buloh.

[fbcomments]