Kucing bukanlah setakat haiwan yang dibela tetapi mereka juga adalah haiwan yang telah dianggap sebagai keluarga, lebih-lebih lagi kepada pencinta kucing yang membela mereka bertahun lamanya.
Baru-baru ini tular di laman TikTok berkenaan seorang wanita yang dikenali sebagai @eayazainuddin memuatnaik satu video dimana beliau menangis meraung di hadapan sangkar kucingnya apabila mendapat tahu kucing-kucing kesayangannya telah mati dengan keadaan beliau tidak sedia.
Belarilah Selajunya Di Langit
“Belarilah selajunya di langit. Semoga HaeHae (kucing) jumpa Kakcha dekat sana nanti. Dua ekor kucing Kakcha mati”, kapsyen yang ditulis oleh beliau dalam keadaan sebak.
Menurut beliau lagi, dua ekor kucingnya yang mati itu adalah disebabkan dibelit oleh ular dan dimakan oleh ular. Lebih menyedihkan apabila anak-anak kucing kepunyaan HaeHae terpaksa melihat ibunya mati dibelit.
Ditenangkan Oleh Ibu
Melihat rakaman video, beliau kelihatan menangis dan meraung dalam pelukan ibunya disisi, apabila tidak dapat menahan sebak kucing-kucing kesayangannya mati disebabkan ular.
Video yang berdurasi 1:03 minit itu telah meraih sebanyak 3.6 juta tontonan bersama 311.8 ribu likes dalam masa seharian.
Netizen Turut Bersedih
Meninjau di ruangan komen, rata-rata mereka sangat memahami perasaan hilangnya kucing kesayangan yang telah lama dibela, lebih-lebih lagi jika individu tersebut ialah seorang pencinta kucing. Mereka turut sebak melihat video berkenaan dan membanjiri dengan kata-kata sedih dan ada juga yang memberi semangat.
Kredit: TikTok eayazainuddin