Pelawak terkenal Shuib Sepahtu mengambil langkah inisiatif untuk menaikkan nafkah kepada isterinya, Watie Hanifiah baru-baru ini.
![]()
Shuib Naikkan Nafkah
Perkara tersebut dikongsi sendiri oleh Watie menerusi hantaran di Instagram, di mana Shuib dilihat menghantar bukti transaksi bank sebagai tanda tanggungjawabnya terhadap keluarga.
Watie, dalam hantaran tersebut, meluahkan rasa syukur kerana suaminya sentiasa prihatin walaupun tiada rungutan dibuat mengenai nafkah. Menurutnya, tindakan suaminya mungkin dipengaruhi oleh perbincangan semasa mengenai isu perkahwinan selebriti yang menjadi topik hangat di media sosial.
![]()
Dia juga menekankan betapa pentingnya pasangan suami isteri menjadikan pengalaman orang lain sebagai pengajaran untuk memperkukuhkan hubungan rumah tangga.
Dalam pesanan yang disertakan, Watie menasihati para pasangan agar sentiasa memahami dan bertolak ansur dalam melalui pelbagai cabaran kehidupan bersama.
Watie turut mendoakan agar Shuib terus dimurahkan rezeki dan berharap hubungan mereka akan kekal bahagia serta harmoni.
Reaksi positif daripada peminat turut membanjiri ruangan komen, memberikan sokongan terhadap tindakan Shuib dan kebahagiaan pasangan ini.
Kredit: Instagram iamwatie