Kes anak menangis dalam premis makan ini sudah lali buat kaum ibu bapa yang mungkin tidak larat untuk memujuk anaknya yang tantrum ataupun sengaja dibiarkan. Namun ianya telah menjadi satu isu yang serius apabila perkara ini turut mengganggu ketenteraman pelanggan yang lain.
Itulah yang terjadi apabila seorang lelaki yang dikenali sebagai @papayen91 memuat naik satu video di laman TikTok berkenaan pihak ibu bapa kepada anak yang menangis tidak henti itu tidak mengambil kisah tentang tantrum anaknya.
BINGIT! Ramai Terpaksa Balik Sebab Tak Tahan
Jeritan dan tangisan tanpa henti itu telah menimbulkan rasa kurang senang kepada beberapa pelanggan di premis itu. “Tolonglah jadi ibu bapa yang bertanggungjawab. Orang ramai sakit hati tau tak”, menurut kapsyen yang ditulis didalam video tersebut.
“Sejam anak awak menjerit memekik, sekali pun tak ditegur. Kami semua tak nak dengar anak awak menjerit dengan pitch tinggi”, tambahnya.
Pemilik video tersebut berasa kesal dengan sikap ibu bapa kepada kanak-kanak terbabit kerana tidak mempunyai rasa malu dan bertanggungjawab. Sebaliknya, mereka hanya mementingkan diri sendiri dan membiarkan anaknya membuat perangai berseorangan.

Siap Ada Orang Rakam Lagi Anak Dia Itu
“Kalau dah decide nak duduk restoran tertutup, tolonglah be considerate. Jangan selfish. Sejam anak awak menjerit memekik, sekali pun tak tegur”, antara luahan yang ditulis oleh Papayen.
Menurutnya lagi, beberapa pelanggan di kafe itu juga terpaksa mengangkat kaki dan balik awal disebabkan ketidakselesaan suasana yang tidak tenang itu. Bahkan, ada juga sesetangah individu yang merakam tantrum budak terbabit untuk kesedaran ibu bapanya, tetapi malangnya mereka buat tidak kisah sahaja.
Lain Kali Borak Dekat Rumah, Buat Zoom Ke, Google Meet Ke.. Tak Kacau Telinga Orang Lain
Meninjau di ruangan komen TikTok Papayen, ramai yang bersependapat seperti apa yang beliau luahkan di platform tersebut.


Kredit: TikTok Papayen91