Seperti rakyat Malaysia tahu, bekas Menteri kesihatan iaitu Khairy Jamaluddin atau mesra dipanggil sebagai KJ kini telah bertugas sebagai penyampai radio Hot FM selepas mahu berehat seketika daripada dunia politik.

Baru-baru ini beliau telah ditemu bual oleh seorang pempengaruh terkenal, Mek Yun dalam segmen sembang santainya di laman Instagram dan telah bertanyakan beberapa soalan daripada pengikutnya terhadap KJ.

Tak Berapa Rindu Nak Jadi Menteri

Berdasarkan soalan yang ditujukan, Khairy telah meluahkan beliau tidak lagi rasa rindu untuk kembali aktif sebagai ahli politik pada waktu sekarang dan mulai seronok menjadi seorang penyampai radio. Beliau juga sempat ditanyakan jika tidak menceburi bidang politik, beliau mahu melibatkan diri dalam bidang lakonan.

“Saya dah keluar sekejap daripada politik, sebenarnya agak seronok menjadi DJ dan saya tak berapa rindu jadi ahli politik. Sekarang saya bercita-cita nak jadi pelakon, movie star“, luahnya ke Mek Yun.

Terus Ikut Impian Dan Jadi Diri Sendiri

Berdasarkan soalan lanjutan yang ditujukan, Khairy menasihati anak muda untuk terus mengikut impian yang diimpikan dan jadilah diri sendiri. “Jangan mengikuti impian atau cita-cita orang lain”, ujarnya.

Terdahulu, sebelum Khairy menceburkan diri dalam bidang penyiaran dengan menjadi seorang penyampai radio, Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah memecat Khairy disebabkan pelanggaran disiplin parti semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pada 27 Januari lalu.

Susulan pemecatan tersebut, Khairy ‘dilamar’ beberapa pihak termasuk Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang memberi bayangan menawarkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Johor Darul Ta’zim (JDT).

Kredit: Instagram mekyunn, Lobak Merah

[fbcomments]