fbpx

Pada minggu lalu, dikhabarkan bekas isteri pelawak Shuk Sahar iaitu Rossa Sera telah mengikat tali pertunangan bersama seorang jejaka pilihan hatinya.

Bakal Adakan Majlis Pada Tahun Depan

Berdasarkan laporan yang dipetik dari Harian Metro, difahamkan bekas isteri pelawak tersebut sudah mengesahkan bahawa beliau sememangnya sudah bertunang dan bakal mengadakan majlis pada tahun hadapan.

“Netizen fikir itu adalah gimik sebab wajah saya tak disolek seperti orang bertunang. Mereka tak tahu, kulit wajah saya sedang breakout. Insya-Allah, kalau tak ada aral melintang, saya akan berkahwin tahun depan. Saya tak mahu kongsikan tarikh walaupun sudah ada. Namun, yang pasti ia akan berlangsung tahun depan,” jelasnya.

Saling Block Antara Satu Sama Lain, Shuk Tak Tahu Sera Sudah Jadi Tunangan Orang

Mengulas lanjut, dikatakan Shuk tidak mengetahui tentang perihal pertunangan bekas isterinya itu memandangkan mereka saling menyekat akaun media sosial masing-masing.

“Dia tak tahu sebab benda ini berlaku tiba-tiba. Saya pun tak ada hubungi dia. Dia sekat WhatsApp dan Instagram saya. Kami sekat satu sama lain,” ujar Sera lagi.

Sebagai info, Sera dan Shuk berkahwin pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain dan Nur Assyifatu Aimi.

Kredit: Harian Metro

[fbcomments]