Sebuah sekolah tampil memberi penjelasan berhubung video tular memaparkan seorang murid pendidikan khas bergerak ke kantin dalam keadaan berlutut, yang dimuat naik oleh ibunya dan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet. Pihak sekolah menegaskan situasi sebenar berbeza daripada tanggapan umum yang timbul susulan rakaman tersebut.

@aisyahali842

Hanan mengadu gunakan isyarat tangan katanya pergi kantin berlutut… mama pon pergi sekolah nak tengok betul atau tidak, betul lah hanan cakap.#Hanan #cerebralpalsy #dystonia #scoliosis #epilepsy

♬ original sound – bigboss – bigboss

Sekolah Jelaskan Isu Murid Pendidikan Khas Tular, Dakwa Berlaku Salah Faham

Yang Dipertua (YDP) sekolah, Jeehan Adam, memaklumkan kejadian itu berlaku apabila murid berkenaan keluar dari kelas atas kehendaknya sendiri selepas teruja melihat ibunya berada di sekolah. Menurut beliau, murid tersebut bukan ditinggalkan atau diabaikan, sebaliknya bertindak spontan untuk membawa ibunya melihat kawasan sekolah termasuk kantin serta rakan-rakan.

Beliau turut menjelaskan bahawa penggunaan alat bantuan jenis reverse walker tidak dipraktikkan di dalam bilik darjah kerana susun atur kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di sekolah itu direka bagi membolehkan murid bergerak tanpa keperluan menggunakan alat berkenaan. Dalam masa sama, murid tersebut juga masih baharu mendaftar dan sedang menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah.

Mengulas mengenai video yang tular, Jeehan berkata rakaman pendek itu telah menimbulkan salah faham sehingga wujud persepsi seolah-olah pihak sekolah dan guru mengabaikan kebajikan murid berkeperluan khas. Katanya, tanggapan sedemikian tidak tepat kerana guru-guru PPKI sentiasa memantau serta menjaga murid di bawah tanggungjawab mereka.

Beliau turut menyatakan rasa kesal apabila penyebaran video berkenaan menyebabkan guru-guru terpaksa memberi penjelasan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), selain berdepan kecaman serta komen kasar daripada pengguna media sosial. Sehubungan itu, pihak sekolah berharap orang ramai mendapatkan gambaran sebenar sebelum membuat sebarang andaian atau kecaman terbuka.

Kredit: Facebook Jeehan Adam, TikTok aisyahali842

 

[fbcomments]