fbpx

Seorang lelaki dilaporkan lemas ketika cuba menyelamatkan anaknya dan kejadian dipercayai berlaku di Pantai Miami, Batu Feringghi, di sini pada Khamis.

Anak Berjaya Diselamatkan, Namun Bapa Meninggal Dunia Di Lokasi Kejadian

Menurut sumber yang dilihat dari Sinar Harian, mangsa yang berumur 43 tahun telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM), manakala anak lelaki mangsa yang berusia 13 tahun ditemui selamat. Difahamkan, anak mangsa berjaya diselamatkan dengan bantuan orang awam.

Pegawai Operasi Bomba Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Jermal, Ahmad Rezki Faris Ismail memaklumkan pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tersebut kira-kira jam 4.28 petang.

Mahu Selamatkan Anak Dari Dibawa Arus

Menurut Ahmad Rezki Faris Ismail lagi, sebaik sahaja pasukan bomba tiba ditempat kejadian, mereka mendapati seorang mangsa lelaki dilaporkan tidak sedarkan diri akibat lemas. “Mangsa terlebih dahulu berjaya diselamatkan orang awam dan diberi rawatan awal oleh seorang doktor yang ketika itu sedang bercuti serta berada berhampiran lokasi kejadian bersama pasukan bomba serta Angkatan Pertahanan Awam (APM). Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM”, jelasnya ketika ditemu bual media.

Pihak mereka juga dimaklumkan kejadian tersebut dipercayai berlaku semasa mangsa mahu menyelamatkan anaknya daripada dibawa arus. Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Kredit: Sinar Harian

[fbcomments]