Seperti cendawan tumbuh lepas hujan, aktiviti judi haram di Malaysia ini dilihat semakin berleluasa. Biasanya yang akan menjadi mangsa adalah mereka yang berpendapatan rendah tetapi mahu cepat kaya. Akhirnya hidup merana.

Dan kebelakangan ini pula telah viral video yang mendakwa kononnya pihak berkuasa tidak melakukan pemantauan terhadap kegiatan perjudian dan penjualan rokok seludup di kawasan Sungai Buloh.
Video itu telah dimuatnaik oleh pengasas dan pemilik Hot Burger Malaysia,yang dikenali sebagai Asri.
Fitnah dan tidak benar!
Namun Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar pula berkata kenyataan yang dikeluarkan oleh Asri merupakan satu fitnah dan pembohongan. Ianya boleh merosakkan imej polis dalam menangani kegiatan perjudian di Sungai Buloh.

Malah Mohd Asri yang disyaki menularkan video berkenaan akan dipanggil dalam masa terdekat.
Bagaimanapun, Mohd Asri dalam satu kenyataan susulan mengakui kesal dengan keputusan polis dan mengharapkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, membanteras kegiatan berkenaan
Yusuf Azmi tampil bersuara
Namun hari ini Yusuf Azmi terpanggil untuk mengulas isu ini.
“Menurut Yusoff Azmi, dia sudah lama kenal Asri. Pada tahun 2017, Asri pernah di aniaya oleh rakan kongsi.Beliau seorang yang baik Bukan senang nak benteras sindiket perjudian. Bukan nak cari salah mana mana pihak. Kita perlu lihat dan perlu kaji, kesan dari covid-19 rakyat melalui pelbagai ujian yang berat untuk mencari makan.
“Itu mungkin luahan hati dari seoarang peniaga kecil di tepi jalan, kerana bukan perkara yang mudah untuk berniaga di tepi jalan. Saya yakin pihak bewajib, khusunys pihak polis di sg buloh boleh menilai kembali perkara ini secara rasional. Kita tak boleh nak salahkan KPN, atau ketua polis negeri kerana kes yang terlibat berlaku di daerah sungai buloh
“Ketua Polis Daerah Sungai Buloh mungkin perlu panggil Asri untuk mengadakan perbincangan. Kita perlu mengucap terima kasih kepada Asri kerana menunjukkan keberanian. Sepatutnya tidak ada perlu ada satu pergaduhan antara peniaga kecil dengan pihak berwajib.
“Kepada sahabat saya Ketua Polis Daerah Sungai Buloh jangan melihat perkara ini sebagai tuduhan, lihat perkara ini merupakan satu kebaikan kepada masyrakat kerana berani melapor
“Judi merupakan perosak masyarakatAsri bukan ancaman, tapi sebenarnya pusat perjudian itu yang menjadi ancaman.