Bapa bayi 11 bulan yang menghidap penyakit paru-paru kronik iaitu Mohd Azlan meluahkan rasa syukur apabila dia menerima geran pemilikan kenderaan daripada pengusaha kedai kereta terpakai, Firdaus Sharifuddin sebagai hadiah perkahwinan.

Selesai Nikah Terus Terima Geran Kereta Sebagai Hadiah Perkahwinan

Berdasarkan sumber yang dipetik dari Berita Harian, difahamkan Firdaus menyerahkan geran tersebut ketika menghadiri majlis pernikahan pasangan tular tersebut di Masjid Al Maarufi, Seberang Kota, semalam.

“Syukur Alhamdulillah, semuanya sudah selesai dan saya akan menjaga Norhidayu dengan baik serta anak kami, Mohd Aariz Zafran selain empat anak hasil perkahwinan Norhidayu terdahulu,” jelas Azlan.

Pengusaha Kereta Ikhlas Memberi

Dalam pada itu, Firdaus turut berharap agar kereta Proton Persona yang diberikan dapat membantu memudahkan urusan Azlan serta isteri untuk mengulang alik ke hospital bagi menguruskan hal berkaitan anaknya.

“Saya serah geran yang sudah ditukarkan nama kepada Mohd Azlan serta cukai kereta Proton Persona ini dan buku solat sebagai hadiah perkahwinan mereka.

“Macam saya katakan sebelum ini, kalau dah bagi takkan nak ambil balik pula hadiah kereta ini sebab semuanya untuk kemudahan anak mereka yang menghidap paru-paru kronik.

“Kereta Proton Persona ini pun untuk kegunaan mereka berulang alik membawa Mohd Aariz ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dan untuk mereka bergerak ke sana ke mari dengan mudah la,” kata Firdaus.

Azlan turut meluahkan bahawa dia tidak menyangka ramai orang datang menziarahi meskipun kisah silam keluarganya tular di media sosial.

Kredit: Berita Harian

[fbcomments]