Saya rasa menyesal kerana tidak pertahankan dia, kalau tahu ini pengakhirannya saya tidak akan serahkan kepada ibu kandung itu.
Demikian lah luahan dan kata-kata ibu angkat kepada kanak-kanak yang maut selepas ditemui lemas dalam tong yang dipercayai didera oleh ibu kandungnya di Taman Krubong Jaya, Melaka baru-baru ini.
Polis terima panggilan anak lemas
Pihak polis melaporkan ada menerima panggilan kira-kira jam 4 petang daripada seorang lelaki yang memaklumkan bahawa anaknya mati lemas di dalam tong air di rumahnya.
Namun seorang individu bernama Puan Zakbarirah Rashidi pula mendedahkan perbualan ringkas antara dua individu mengenai kematian kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai Amir itu telah dibiarkan semalaman di dalam tong biru oleh ibu kandungnya!
Amir termenung sebelum kejadian
Difahamkan jiran ada ternampak mangsa termenung di luar tingkap beberapa hari sebelum kematiannya itu.
Ibu mangsa miliki kad pesakit mental
Namun ada individu yang mengenali ibu mangsa dan menyatakan bahawa suspek merupakan pemegang kad pesakit mental.