Sebanyak sembilan buah gerai makanan dilaporkan hangus terbakar dalam satu kebakaran yang terjadi di hadapan Dataran Teluk Kemang, Port Dickson pada malam tadi.
9 Kedai Hangus
Berdasarkan sumber yang dilihat dari Sinar Harian, Komander Operasi, Pegawai Kanan Penguasa Bomba Kanan (PKPgB) Mohd Kamal Mohd Timar memaklumkan bahawa pihak mereka menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.16 petang sebelum sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Kemang diarahkan ke lokasi.
“Setiap gerai berkeluasan 10×10 kaki persegi dan daripada sembilan gerai berstruktur kayu yang terlibat itu, empat daripadanya musnah 100 peratus manakala lima lot lagi terbakar 25 peratus. Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kebakaran tersebut. Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat.
“Sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu water tanker dan satu navara dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik dimaklumkan mengenai kejadian. Selain itu, sepasukan anggota bomba dari BBP Port Dickson turut dikejarkan ke lokasi dengan kekuatan sebuah jentera FRT dan EMRS dan BBP Seremban dengan kekuatan satu water tanker,” katanya pada Sabtu.
Kredit: Sinar Harian