Pasangan pempengaruh terkenal, Alif Teega dan Aisyah Hijanah, baru-baru ini berkongsi pengalaman unik mereka ketika ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siaran langsung di platform TikTok.

Video di bawah:

https://vt.tiktok.com/ZSYWM56gN/

Sempat Kongsi Pengalaman Semasa Ditahan SPRM

Dalam sesi tersebut, mereka tampak gembira menjawab pelbagai soalan berkaitan kehidupan mereka sepanjang hampir seminggu berada dalam tahanan SPRM.

Mereka menganggap kejadian itu sebagai satu pengalaman berharga yang memberikan pengajaran mendalam dalam kehidupan mereka.

“Kami ambil perkara tersebut sebagai satu pengalaman dalam hidup. Pada umur 26 tahun kita rasai pengalaman macam tu.

“Mungkin sebelum ni kita ingat hidup kita selesa, tak pernah rasa.

So, this time Allah beri kita satu tempoh untuk merasai. So, Alhamdulillah ini menjadi satu pengajaran dan pembelajaran buat kita untuk menjadi orang yang lebih matang,” kata Aisyah.

Sambungan video:

https://vt.tiktok.com/ZSYWMtYva/

Dalam perkongsian video yang diulang siar oleh akaun TikTok ciksri89, Alif Teega, atau nama sebenarnya Mohd Hazalif Mohd Hazani, menyatakan bahawa layanan yang diterima sepanjang tempoh tahanan sangat baik.

Beliau juga menceritakan tentang menu makanan yang disediakan kepada mereka, serta kepedulian pihak SPRM yang segera membawa mereka ke klinik jika terdapat tanda-tanda kesihatan yang kurang memuaskan.

Perkongsian mereka di platform tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ramai yang sudah menjangka bahawa pasangan ini akan menceritakan pengalaman mereka sepanjang berada dalam tahanan SPRM melalui siaran langsung itu.

Sebelum ini, Alif Teega dan Aisyah Hijanah ditahan dari 11 hingga 16 Julai 2024 untuk membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa di bawah Seksyen 23 Akta SPRM.

Selepas dibebaskan dengan jaminan RM200,000, mereka perlu melaporkan diri di pejabat SPRM setiap bulan.

Kredit: TikTok ciksri89

[fbcomments]