Sebagai seorang suami dan juga bapa yang bertanggungjawab, mereka akan menyediakan tempat tinggal, makanan, serta pakaian buat isteri dan anak-anaknya mengikut kemampuannya.

Malah dia akan berusaha sedaya upaya untuk memenuhi tuntutan nafkah tersebut dengan sebaik-baiknya dan tidak akan sesekali mengabaikan amanah yang diberi.

Menjalankan kerja sampingan, menampung kehidupan

Begitulah juga Mohd Zakaria Yahaya yang berusia 48 tahun, yang ditemui maut tertimbus tanah runtuh ketika mendulang bijih timah di Ladang Batu 25, Batu Kurau, Taiping.

Nur Aqila berkata, arwah suami seorang pekerja kebun kelapa sawit milik syarikat swasta semenjak lebih 10 tahun lalu dan sering melakukan kerja mendulang bijih timah di situ secara sampingan bagi menampung kehidupan mereka sekeluarga.

Arwah suami seorang yang agak baran namun sejak beberapa hari lalu, dia jadi lembut dan cukup manja dengan saya malah sempat mencium saya berulang kali sebelum keluar pergi melombong bijih timah di kebun itu.

Sepanjang perkahwinan kami, tidak pernah saya melihat dia sebegitu namun tidak menyangka itu petanda dia akan pergi meninggalkan kami tujuh beranak, termasuk dua anak tiri kembar.

Merasa sesuatu tidak kena

Pada hari kejadian suami keluar dari rumah pada 1.30 tengah hari secara bersendirian menuju ke lokasi tempat dia melombong.

Namun sekitar 7.15 malam, suami masih tidak pulang ke rumah dan merasa ada sesuatu yang tidak kena, saya mengarahkan seorang anak mencari suami dilokasi tempatnya melombong.

Menurutnya, sebaik anak berada di lokasi, dia menyedari terdapat satu kawasan runtuhan tanah berlaku berhampiran motosikal dan peralatan mendulang milik suami di situ.

Sejurus dimaklumkan perkara itu, saya segera membuat laporan polis kerana naluri hati yakin mengatakan mungkin tertimbus dalam runtuhan itu.

Akhirnya, suami ditemui dalam runtuhan itu dan disahkan telah meninggal dunia.

Difahamkan juga, mangsa ditemui dalam keadaan membongkok dan tertimbus tanah pada kedalaman lima meter.

Mohd Zakaria meninggalkan seorang balu dan enam orang anak berusia dua hingga 16 tahun.

[fbcomments]