Usahawan dessert terkenal iaitu Kieda Crepe atau nama sebenarnya Siti Nur Khalieda Yusra, 25, dikatakan telah mewakafkan sebuah van jenazah untuk kegunaan orang ramai sempena ulang tahun hari kelahirannya.
@kiedacrepepenang alhamdulillah atas izin-Nya 🤲🏻 #kiedacrepe #hqkiedacrepe_penang
Kieda Syukur Dapat Wakafkan Van Jenazah
Menurut video yang dikongsikan di laman TikToknya itu, Kieda memaklumkan bahawa hadiah van jenazah untuk kegunaan umum adalah hadiah yang paling bernilai dalam hidupnya bersempena ulang tahun kelahirannya pada Jumaat ini. Kieda turut meluahkan rasa syukur kerana diberikan kesenangan sehingga membolehkan beliau dan suaminya mewakafkan van jenazah kepada Masjid Al-Marbawi, Merbau Kudung, Sg. Dua, Butterworthh, Pulau Pinang.
“Terima kasih Allah izinkan aku senang. Terima kasih izinkan Kieda dan suami untuk merasa nikmat memberi. Semoga dipermudahkan segala urusanku dan diberikan ketabahan setiap hari melalui ujian-ujian dari-Mu, ya Allah. Hadiah paling bernilai yang Kida kongsi sempena hari lari Kieda esok. Alhamdulillah,”luahnya syukur.
Mahu Bantu Permudahkan Urusan Orang Ramai
Kata Kieda lagi, van jenazah yang diwakafkan itu adalah untuk memudahkan urusan orang ramai, terutamanya bagi pihak masjid yang telibat dalam menguruskan jenazah arwah bapanya yang meninggal pada Julai lalu.
“Alhamdulillah, hari ini merupakan hari yang paling saya tunggu-tunggukan di mana saya akan melakukan penyerahan van jenazah yang diwakafkan oleh Kieda HQ Pulau Pinang untuk pihak masjid di mana masjid inilah yang menguruskan pemprosesan jenazah arwah bapa saya,”katanya.
Tambah Kieda, beliau tidak mengharapkan apa-apa balasan, namun beliau berdoa agar kebaikan yang dilakukannya ini dapat memberikan keberkatan buat perniagannya serta buat dirinya dan orang sekeliling.
“Semoga apa yang dilakukan saya ini sedikit sebanyak boleh meringankan dosa-dosa yang telah saya lakukan. Saya tidak mengharapkan apa-apa balasan cuma saya berdoa agar Allah berkati perjalanan rezeki saya, suami dan orang-orang sekeliling saya,” luahnya lagi.
Pihak Masjid Berterima Kasih Kepada Kieda
Sementara itu, pihak masjid juga meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Kieda dan pihaknya yang terlibat atas sumbangan van jenazah kepada mereka untuk kegunaan pada masa akan datang.
“Alhamdulillah syukur. Terima kasih kepada HQ Kieda Crepe Penang atas sumbangan Van Jenazah kpd Pengurusan Masjid Al-Marbawi, Merbau Kudung, Sg. Dua, Butterworth . Moga Allah anugerahkan pahala yang berterusan, murah rezeki dan memudahkan segala urusan Perniagaan Kieda Crepe”, tulis mereka.
Kredit: FB Masjid Al-Marbawi, Merbau Kudung, Sg. Dua, Butterworth, TikTok @kiedacrepepenang