fbpx

Sebuah acara perkahwinan diraja yang dinanti-nantikan di Pahang akhirnya terungkap apabila Pengurus Acara Teja Market mengumumkan tarikh rasmi bagi majlis perkahwinan Puteri Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, iaitu Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah.

Perkahwinan Diraja Pahang

Melalui hantaran di laman TikTok, Teja Market mengesahkan bahawa perkahwinan diraja antara Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dan pasangannya, Fd Idzham Fd Iskandar, bakal berlangsung dalam tempoh dua minggu sahaja lagi.

Majlis istiadat ini, yang diberi nama ‘Langit Cinta,’ akan menyaksikan Lintas Langsung Istiadat Perkahwinan Diraja yang bakal diadakan dari 22 hingga 25 Ogos di Tasek Kotasas, Kuantan. Menurut maklumat yang dikongsi, istiadat tersebut akan bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari sepanjang tempoh tersebut.

Teja Market turut mengalu-alukan seluruh rakyat, bukan sahaja dari Pahang, tetapi juga dari seluruh negara, untuk hadir menyaksikan peristiwa bersejarah ini. Skrin besar akan disediakan bagi memudahkan rakyat menyaksikan istiadat ini dengan lebih dekat.

“Jemput semua rakyat Pahang dan sesiapa saja dari luar Pahang untuk hadir ke Tasek Kotasas pada 22 hingga 25 Ogos nanti. Majlis ini terbuka kepada semua,” ujar wakil dari Teja Market.

Sebelum ini, Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berkongsi berita gembira mengenai majlis perkahwinan indah puteri baginda itu dengan pasangannya. Pengumuman ini dibuat semasa Majlis Penutup Islamic Fashion Festival (IFF) 2024 dan Perasmian Pameran Solo Syed Thajudeen di Kuantan, yang berlangsung semalam.

Pengumuman ini juga sekaligus menamatkan segala spekulasi mengenai perkahwinan diraja yang dijangka akan menjadi tumpuan utama dalam bulan Ogos ini.

Kredit: TikTok Teja Market

[fbcomments]