Hati ibu bapa mana yang tidak luluh melihat penderitaan yang ditanggung oleh si anak terutamanya jika anak masih kecil. Tidak sanggup melihat penderitaan yang ditanggung.
Pelbagai usaha pastinya dilakukan untuk anak kembali pulih dan sihat seperti kanak-kanak yang seusianya dengan mereka.
Begitulah keadaan yang perlu dihadapi oleh Zamzuri Ahmad iaitu bapa kepada Muhammad Zhafran Amsyar yang baru berusia 12 bulan. Muhammad Zhafran Amsyar dikatakan bukan sahaja menghidap penyakit hati kronik (Biliary Atresia), malah turut menghidapi angin pasang, jantung berlubang dan masalah hempedu.
AllahuAkhbar…
Perlu jalani pembedahan
Zamzuri berkata, dia memerlukan bantuan kewangan RM250,000 bagi membolehkan mereka membawa anak sulungnya ke China atau India bagi menjalani pembedahan.
Saya tidak sanggup lihat penderitaan anak dan mahu dia segera menjalani pembedahan hati sama ada di China atau India, tetapi memerlukan kos tinggi.
Menurutnya, dia membawa anaknya menjalani beberapa rawatan termasuk dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
PPUM mencadangkan supaya membawa Amsyar ke hospital di China atau India kerana ada kepakaran khas merawat penyakit itu.
Sering merengek kesakitan
Lebih bertambah sayu apabila anak lelakinya itu menangis kesakitan dan paling ketara apabila kemaluannya membengkak semasa angin pasang. Penyakit ini telah menyebabkan perut anaknya membuncit dan matanya menjadi kuning.
Sepanjang masa Amsyar merengek sakit dan paling ketara pada bahagian kemaluan yang bengkak. Saya pun berasa terseksa apatah lagi Amsyar yang menanggung kesakitan itu.
Hulurkan bantuan, ringankan kesakitan si kecil
Si bapahanya berkerja kilang di Kampung Saujana, Setiu. Orang ramai yang sudi menghulurkan sumbangan boleh menghubungi talian 011-16816897.
Jika RM250,000 itu dapat dikumpul dalam tempoh terdekat, pembedahan itu juga dapat disegerakan.
Sementara itu, Nor Alisa berkata, masalahnya turut dirujuk ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (Maidam) dan Tabung Darul Iman.
Malah setakat ini, hanya Maidam sahaja yang menyumbangkan RM2,000 iaitu pada tahun lalu.
Sumber: Harian Metro.