Seramai 58 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Marang, Terengganu, ditahan polis selepas melakukan aksi berbahaya menunggang motosikal secara beramai-ramai di jalan raya.

Tindakan mereka bukan sahaja mengganggu ketenteraman awam, tetapi juga dipercayai dilakukan untuk meraikan tamatnya peperiksaan SPM.

Video di bawah:

https://x.com/ricxxxkiddo/status/1880138457818997102?s=46&t=lOtDPMyIYmtDu_EQulWeUw

Lepasan SPM Ditahan Polis Lepas Buat Kecoh di Jalan Raya

Menurut Ketua Polis Daerah Marang, Superintendan Mohd Sofian Redzuan, siasatan mendapati dua motosikal yang digunakan oleh kumpulan pelajar ini mempunyai nombor pendaftaran palsu.

Kesemua mereka ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang untuk diberi nasihat serta amaran mengenai keselamatan jalan raya dan kepatuhan undang-undang.

Sebelum ini tular di media sosial video yang menunjukkan pelajar-pelajar ini beratur di perkarangan IPD sebelum diarahkan menunaikan solat Asar berjemaah di surau IPD.

Turut kelihatan dalam video tersebut beberapa pelajar dengan baju seragam sekolah yang diconteng, dipercayai sebagai tanda ‘merdeka’ selepas tamat peperiksaan.

Pihak polis berharap kejadian ini menjadi pengajaran buat para pelajar agar lebih bijak meraikan kejayaan tanpa menjejaskan keselamatan diri sendiri atau orang lain.

Kredit: Harian Metro

 

 

 

[fbcomments]