Pendakwah bebas, Firdaus Wong kini dikatakan telah menerima kecaman daripada orang ramai selepas mendedahkan bukti daripada mangsa serangan seksual yang melibatkan seorang pendakwah terkenal baru-baru ini.


Firdaus Wong yang menggunakan platform media sosialnya bagi membangkitkan isu pemangsa seksual itu telah menerima pelbagai cacian. Namun perkara itu sedikit pun tidak menggundahkannya. Malah pendakwah itu tetap berpegang teguh mahu menegakkan kebenaran.

Buat pertama kali saya mendedahkan bukti daripada seorang mangsa serangan seksual melibatkan individu yang mendakwa dirinya sebagai seorang pendakwah terkenal.

Semua bukti yang didedahkan telah dihantar sendiri oleh mangsa berkenaan yang meminta bukti-bukti itu dikongsikan pada umum untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat.

Selain itu katanya, mangsa juga telah memintanya berkongsi semua bukti berkenaan bagi menggalakkan lebih ramai mangsa untuk tampil membuat laporan polis.

Mangsa juga telah buat laporan polis dengan semua bukti telah diserahkan untuk disiasat.

Selepas berbincang dengan penasihat syariah dan pakar perundangan, Alhamdulillah mereka mengizinkan semua perkongsian itu tidak bercanggah dengan ajaran Islam dan undang-undang.

Katanya, kesemua mesej serta bukti tersebut telah dilihat oleh mata kepalanya sendiri daripada perbualan melalui WhatsApp mangsa dan bukan sekadar mendengar kata pihak ketiga.


Saya terpaksa berkongsi di saluran telegram kerana pada pandangan saya, mesej-mesej bertulis itu mempunyai elemen lucah melampau yang mungkin menyebabkan Facebook atau Instagram saya dipadamkan apabila ada individu yang membuat laporan.

Saya bersiap sedia sepenuhnya sekiranya ada pihak yang mahu membuat laporan polis atau mengambil tindakan saman.

[fbcomments]