Fenomena bersesak semasa musim perayaan sudah seringkali terjadi terutama pada pengguna pengangkutan awam seperti bas ekspres. Hari ini, telah berlaku kesesakan luar biasa di lobi utama Terminal Bersepadu Bandar Tasik Selatan (TBS). Susulan daripada kejadian itu, ramai penumpang telah terlepas bas masing-masing kerana gagal mendapatkan pas masuk.
Antara punca yang dapat dikenalpasti adalah musim cuti perayaan hari raya. Ramai pengguna berhasrat untuk pulang ke kolej atau tempat kerja masing-masing setelah seronok bercuti. Namun, yang paling ketara ialah sistem pertukaran pas masuk yang dipraktikkan di TBS.
Gagal dapatkan pas masuk punca tertinggal bas
Meskipun telah membeli tiket melalui sistem atas talian, pengguna masih perlu untuk mendapatkan pas masuk fizikal menerusi kaunter di TBS. Perkara paling mengecewakan adalah apabila terlalu ramai pengguna ingin menukar pas masuk dan pada waktu yang sama hanya sedikit sahaja kaunter yang dibuka.
@perjuangchinta Beratur berjam²..alih² bas terlepas dugaan 1 Mei 2023.nak beratur pg customer service pun x larat.sikecik dah mengamuk² panas..sesak org ramai.🥺#balikkg #tbs #gaduh #orangramai #sistemteruk ♬ Lagu Sedih – Muhammad abdul jafar
Berikutan daripada perkara tersebut, ramai pengguna telah terlepas bas mereka dan terpaksa membeli tiket baru untuk pergi ke destinasi maisng-masing. Hal ini telah menimbulkan perasaan kecewa dan marah dalam kalangan pengguna.
Pengguna TBS E-ticketing tidak perlu cetak pas masuk
Menurut seorang pengguna TikTok, @zyxuhjb, pengguna yang membeli tiket melalui aplikasi TBS e-ticketing tidak perlu mendapatkan pas masuk fizikal. Mereka hanya perlu mengimbas kod QR yang diberi melalui aplikasi.
Walau bagaimanapun, diharap pihak TBS akan mengambil langkah proaktif untuk mengatasi masalah kesesakan yang berlaku di terminal.