fbpx

Seorang lelaki warga emas berusia 64 tahun dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai tersesat ketika mendaki bersendirian di bukit berhampiran Persiaran Shorea, Seksyen U16, Shah Alam, Selangor pada Rabu.

Maut Ketika Mendaki Bersendirian

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam iaitu Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, beliau memaklumkan bahawa mangsa mendaki bukit tersebut secara bersendirian pada jam 9.30 pagi Selasa.

“Lelaki berkenaan sempat menghubungi anaknya pada pukul 3.43 petang hari sama setelah gagal menemui jalan pulang,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Mohd Iqbal berkata, bertindak atas maklumat yang diperoleh, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jelutong bergegas ke lokasi kejadian sebelum memulakan gerakan mencari dan menyelamat. Namun misi mengesan mangsa gagal sehingga jam 7.50 petang Rabu.

Jelasnya, mangsa yang ditemui orang awam didapati telah meninggal dunia.

“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Shah Alam untuk tindakan lanjut. Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Saipol Paizi di talian 012-5781435,” katanya.

Kredit: Sinar Harian

[fbcomments]