fbpx

Baru-baru ini isu tentang perbalahan keluarga penyanyi terkenal Malaysia iaitu Shila Amzah atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Hamzah, 33, telah tular di seluruh platform. Hal ini mula menjadi perhatian media apabila adik-beradik Shila mula membuka aibnya yang bertindak menjual rumah banglo mereka hingga mereka terpaksa mencari rumah sewa untuk diduduki pada masa kini.

Dah Hilang Sabar, Ubai Akhirnya Dedah Semua Keperitan Yang Isteri Alami

Berdasarkan sumber yang dipetik dari Twitter diatas, suami kepada Shila iaitu Ubai akhirnya terpaksa membuka mulut untuk berdepan dengan kemelut dalaman keluarga mentua. Menurut perkongsian yang dimuat naik itu, luahan tersebut memaparkan isterinya telah berdepan pelbagai dugaan sepanjang 33 tahun hidup. Bahkan, Shila telah dikerah bekerja seawal usia 10 tahun dan tidak pernah memegang wang tunai serta kad bank sehingga umurnya mencecah 28 tahun.

“Isteri bekerja seawal usia 10 tahun. Dia tidak pernah pegang duit, kad bank termasuk kad pengenalan sendiri. Sebaliknya, Shila dikerah bekerja dan setiap bulan, pasti ada sahaja perlu dibayar dan ditunaikan. Keluarganya mendakwa itu tugas anak sulung dan jangan jadi anak derhaka. Sebab itulah, Shila akan dahulukan keluarga dalam segala hal,” dedah Ubai.

Shila Mengalami Penderaan Mental & Fizikal Pada Perkahwinan Pertamanya

Menurut pendedahan Ubai lagi, beliau menceritakan bahawa isterinya mengalami penderaan mental dan fizikal pada perkahwinan pertamanya. Difahamkan, Shila turut terpaksa menanggung bekas suaminya iaitu Haris Idraki dalam melangsaikan hutang keluarga yang dianggarkan mencecah ratusan ribu.

“Dia berkahwin atas pilihan keluarga. Sepanjang tempoh tiga tahun perkahwinan Shila alami trauma kerana terpaksa menanggung bekas suami. Shila mulakan hidup baharu selepas bercerai, namun terpaksa menanggung hutang keluarga ratusan ribu. Biarpun hutang berjaya dibayar, tetapi isteri masih menanggung keluarga sehingga hari ini secara bersendirian. Ramai cerca dan hina Shila. Hanya Shila sahaja tahu apa yang dilalui sepanjang 33 tahun kehidupannya. Tiada tempat untuk berkongsi, jika dikongsi tiada siapa yang endah,” ulasnya.

Jual Rumah Sebab Banyak Kenangan Buruk Dan Mahu Carikan Rumah Yang Lebih Baik

Sebelum ini, Shila Amzah mendedahkan bahawa beliau telah membuat keputusan untuk menjual rumah banglo yang didiami oleh ibunya, Syada, Syafiq, Syahir serta Icha. Tindakannya untuk menjual banglo tersebut adalah disebabkan ruang rumah itu terlalu besar sehingga tidak terjaga dan beliau ingin mencari kediaman yang lebih sesuai untuk keluarganya.

“Bila parents kita bercerai, rumah itu ada kenangan tak best. Jadi, memandangkan rumah itu saya punya (rumah yang family duduk tu). Rumah tu sangat besar, yang duduk dalam lima orang. Ada tujuh bilik, ruang tamu besar, banglo lot, ada dua dapur, rumah kucing ada tiga, rumah itu tak ada maid. Cuba bayangkan, diorang tak dapat nak jaga bil semua. Jadi saya nak dapatkan tempat baharu, suasana baharu selepas saya jual rumah itu… lagi sihat la. Takkan Sha nak biarkan, tengok rumah itu kusam dan sedih, saya nak beri rumah yang lebih,” katanya.

Namun, niat baiknya untuk menolong keluarga ternyata sia-sia apabila adik-adiknya mula bertindak agresif dengan menyerang kakak sendiri dan tidak mahu menolong dalam mencari penyelesaian terbaik untuk keluarga.

Kredit: Twitter (X) UbaiMz, Astro Awani

[fbcomments]