Nama pelakon dan pelawak Shuib Sepahtu sekali lagi menjadi bualan ramai selepas sesi siaran langsungnya baru-baru ini menjadi tumpuan netizen apabila dia mengeluarkan satu kenyataan yang telah mengundang tanda tanya.
Video di bawah:
https://x.com/_nazrih/status/1820736014492873080?s=46&t=lOtDPMyIYmtDu_EQulWeUw
“Aku Takkan Panggil Dua Nama Ni” Sambil Beri Hint Rahim Adalah Salah Satu Nama Yang Dia Tidak Akan Undang
Dalam sesi tersebut, Shuib meminta pendapat netizen mengenai calon-calon tetamu yang sesuai untuk diundang dalam podcast terbarunya.
Nama-nama besar seperti Ina Naim, Khir Rahman, Rosyam Noor, dan penyanyi berbakat Ernie Zakri menjadi pilihan ramai.
Shuib turut berkongsi kisah penuh kenangan tentang Ernie Zakri, yang pernah datang ke rumahnya untuk melatih arwah Siti Sarah Raisuddin dalam bidang vokal sebelum membuat kemunculan semula di Gegar Vaganza.
Namun, suasana mula panas apabila seorang netizen mencadangkan nama pelawak Rahim Sepahtu.
Shuib segera memberikan reaksi yang mengejutkan ramai, dengan tegas menyatakan bahawa dia tidak akan menjemput Rahim sebagai tetamu.
“Tak, tak memang takkan panggil. Terus terang je aku cakap. Ada 2 nama ni memang aku takkan panggil. Insyaallah” tegas Shuib.
Reaksi netizen terhadap kenyataan ini bercampur-baur; ada yang menyokong ketegasan Shuib, manakala yang lain mempersoalkan keputusan tersebut.
Rata-rata netizen kelihatan terkejut dan ingin tahu lebih lanjut tentang sebab di sebalik kenyataan Shuib yang berani itu.
Kredit: X _NazriH