Terbaharu, Shuib dan Watie dilihat berpakaian sedondon ketika menghadiri konsert 25 Years Lah Ahmad Live in Concert yang berlangsung di Nero Event Space, Petaling Jaya.
Pelawak dan penyampai radio Suria FM itu mengaku semakin terbuka dalam hubungannya dengan usahawan jelita Watie Hanifiah.
Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad,39, berkata sewaktu pelancaran Kamya Fest 2023 di Bukit Bintang kepada mStar;
“Kalau dulu sorok-sorok orang marah.. daripada hari itu lagi saya sudah beritahu saya sedang berkawan dengannya.”
“Tapi bila keluar bersama, masih ada pertikaikan. Jujur saya bagitahu, itu kali pertama saya keluar berdua dengannya. Selalunya memang ada anak-anak bersama kami,”jelasnya
Tertarik Kerana Watie Penyayang

Bercakap lanjut tentang Watie, Shuib berkata dia tertarik kepada personaliti Watie yang penyayang selain mempunyai ciri-ciri seperti arwah Sarah.
Kata Shuib, yang lebih mengagumkan ialah Watie turut mengambil tanggungjawab menjaga kakaknya yang juga orang kelainan upaya (OKU) sejak kecil.
“Saya sangat selesa dengan Watie kerana dia seorang yang penyayang. Dia sendiri ada kakak OKU yang sejak lahir memang tak boleh berjalan. Dialah yang hari-hari uruskan kakaknya itu”
“Saya melihat pada pasangan, kalau satu hari nanti kita sakit, ada tak yang boleh jaga kita? Kita mampu atau banyak duit tapi bila kita sakit, kita tak nak semua itu pun. Kita hanya nak orang jaga kita, lebih-lebih lagi orang yang kita sayang,”ujarnya.
Rancang ke fasa seterusnya
Shuib turut menjelaskan dia sudah mempunyai perancangan ke fasa seterusnya, namun masanya belum lagi ditetapkan. Ibu kepada pelawak itu turut menyokong hal tersebut memandangkan anak bongsunya, Ayash sudah semakin membesar.
“Insya Allah, kalau ikutkan mak saya tu nak cepat sebab fikirkan Ayash. Ayash dah makin besar. Sekarang Ayash pun dah nak pandai jalan. Watie pun tak ada masalah sebab dia pun pernah jaga Ayash.”

“Cuma apa yang saya boleh katakan kami berharap yang terbaik dan mohon doa daripada semua. Insya Allah bila sudah ada tarikh, saya pasti akan umumkan.”
Sekadar info, Shuib dan Sarah mendirikan rumah tangga pada 2011 dan dikurniakan empat orang cahaya mata. Sarah meninggal dunia akibat Covid-19 pada Ogos 2021.
Sumber: mStar