Nama pelawak dan pempengaruh media sosial, Shuk Sahar, tidak tersenarai dalam sijil kelahiran anak perempuannya, Elaine Nada, yang dilahirkan pada 26 Jun lalu selepas didakwa gagal mendaftarkan pernikahan dengan isterinya secara sah.

Perkara itu didedahkan isterinya, Fara, menerusi satu hantaran di Instagram yang memaparkan sijil kelahiran anak mereka dengan ruangan maklumat bapa tertera sebagai “maklumat tidak diperolehi”.

Isteri Dedah Shuk Gagal Daftar Nikah, Nama Tiada Dalam Sijil Kelahiran Anak

Menurut Fara, kegagalan mendaftarkan pernikahan mereka di Malaysia memberi kesan terhadap proses pendaftaran kelahiran bayi tersebut.

“Kau nampak apa kau buat? Ini surat beranak Elaine, Encik Sahar. Kau nampak apa anak kau buat?” luahnya.

Fara turut memuat naik foto seorang lelaki dipercayai Shuk berpakaian kostum badut.

“Ramai tanya aku siapa bapa Elaine Nada. Ini dia, nanti pesan dekat dia surat beranak anak kena selesaikan. Lepas itu kena naik mahkamah atas urusan pendaftaran 5 Ogos,” katanya.

Pasangan itu dilaporkan bernikah di Thailand pada November 2023. Namun, perkahwinan tersebut masih belum berdaftar secara sah mengikut perundangan syariah di Malaysia.

Kredit: Instagram f.zzatys

 

[fbcomments]