Personaliti media sosial dan peguam, Tun Laila Tun Rafaee, menyatakan rasa sedih selepas menerima kecaman daripada segelintir warganet mengenai solekannya pada salah satu majlis resepsi perkahwinannya baru-baru ini.
@yarafaee review kahwin
Video Disunting Kontras Tinggi, Tun Laila Sedih Dikritik Warganet Mengenai Solekan Majlis Resepsi
Dalam perkongsian di TikTok, wanita berusia 26 tahun itu berkata dia terkejut apabila melihat komen yang mendakwa solekannya “tidak naik seri”, “buruk” dan “kelihatan seperti solekan harian”, sedangkan dirinya sangat berpuas hati dengan hasil kerja jurusolek profesional, Fiqqi Abdullah. Katanya, para tetamu pada hari tersebut turut memuji penampilannya dan merasakan solekan itu sesuai dengan kejelitaannya.
Tun Laila turut menjelaskan bahawa video yang menerima kecaman itu sebenarnya telah disunting menggunakan kontras yang terlalu tinggi sehingga mengubah rupanya dan memberi gambaran yang tidak tepat. Katanya, suntingan tersebut menyebabkan kulitnya kelihatan terlalu licin, kening menjadi lebih tebal dan wajahnya berubah ke warna oren.
@fiqqiabdullah Seindah solekan pada wajah yang begitu redup dan tenang tika melihatnya, seindah jua nama yang diberikan. Tun Laila, 27 selamat mendirikan mahligai cintanya bersama pilihan hati, Amir Haiqal. Solekan #FABride menjadi pilihan Tun Laila untuk majlis resepsinya yang sedang berlangsung di Forest Valley, Cheras Busana serba indah hasil karya pereka fesyen negara, @kashfizulkufli . Gaun putih yang bertakhta manik dan jemeki menyuntik elemen romantis pada busana mewah Tun Laila. Tatagaya hijab daripada yang tak lain tak bukan @ainab.studio . Penggayaan yang kemas dan begitu teliti ini menjadikan “total look” #FABride pada malam ini tampil begitu mewah dan “demure” Terima kasih kepada Tun Laila, kerana sudi memilih servis solekan #FABride dan “dream glam team” untuk majlis bahagia beliau. Semoga ikatan bahagia ini kekal hingga ke Jannah Firdausi. Selamat Pengantin Baru Laila dan suami . . Salam sayang, Fiqqi A . . #FAmakeupbook #tunlaila
Menurutnya, solekan asal yang digayakan pada majlis tersebut adalah mengikut pilihan dirinya yang inginkan gaya “natural look” tanpa bulu mata palsu, tanpa inai dan tanpa hiasan kuku.
Tun Laila selamat melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya, Timbalan Pendakwa Raya Amir Haiqal, pada 8 November lalu dan menerima RM13,800 sebagai mas kahwin.
Kredit: TikTok yarafaee