fbpx

Menjadi selebriti datang dengan pelbagai cabaran terutama apabila gerak-geri sentiasa diperhati umum. Namun, apabila perbuatan sudah melangkaui moral, siapa saja yang tidak terperanjat dan terkejut.

Baru-baru ini, telah kecoh di laman sesawang kisah seorang selebriti dan pengacara yang mempunyai nafsu luar biasa. Menurut laporan Utusan Malaysia, selebriti yang tampak berpengetahuan dan sering berpantun ketika bekerja itu telah menunjukkan sisi homoseksual setelah beberapa tahun menyembunyikan perkara itu.

Lebih mengejut selebriti berkenaan bertindak sejauh melanggan pelacur lelaki dan juga mak nyah pada masa yang sama.

Cerita ‘liar’ selebriti ini disampaikan oleh pelacur yang pernah dilanggan oleh pengacara tersebut. Lebih menyedihkan adalah, selebriti berkenaan telah mempunyai isteri dan anak-anak.

Selebriti tersebut pula dikatakan pandai ‘bertopeng’. Dia sangat pandai bercakap hal agama, berkongsi tips rumah tangga, tips motivasi hidup tetapi sayangnya, mempunyai sisi gelap yang disorokkan.

Lebih mengeruhkan keadaan, dia juga dikatakan mengganggu beberapa lelaki lain.

Sumber: Utusan Malaysia

[fbcomments]