Desas-desus mengenai hubungan mesra antara Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, dan penyanyi Bella Astillah terus menjadi perbualan hangat dalam kalangan peminat.
Kehadiran mereka di beberapa acara yang sama sejak kebelakangan ini mencetuskan pelbagai andaian, termasuk kemungkinan mereka sedang berkawan rapat atau lebih daripada itu.
Spekulasi Hubungan Syed Saddiq & Bella Astillah Terus Jadi Tumpuan, Ibu Ahli Parlimen Muar Buka Suara
Lebih menarik perhatian, perbualan santai dalam satu sesi siaran langsung di media sosial membabitkan ibu Syed Saddiq, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz, dan anak lelakinya, Syed Abdullah atau lebih dikenali sebagai SpaceDollah, seolah-olah menjadi medan buat peminat meluahkan rasa teruja terhadap pasangan yang digelar “BASS” itu.
Antara komen yang mencuri tumpuan adalah cadangan daripada seorang netizen agar majlis perkahwinan Syed Saddiq diadakan di stadium, memandangkan ramai yang ingin turut serta sekiranya ia benar-benar berlaku.
Membaca komen tersebut, SpaceDollah sekadar tersenyum sambil berseloroh, manakala Sharifah Mahani pula membalas dengan penuh santai, menyifatkan pandangan itu sebagai sesuatu yang jauh ke depan.
@21dhia pehhhh satu stadium kena jemput ya…..maklum lah ybss pulak yang kawen kan mmg merata pelusuk yang akan datang #spacedollah #live #sopansantun #mamaygbaik #tiktokviral #fypviralシviral #fyppppppppp #foryou
“Allahuakbar… inilah orang kata pandangan jauh. Syabas!” ujar beliau sambil disambut gelak tawa.
Dalam kesempatan sama, ada juga yang sempat bertanyakan kepada Sharifah Mahani mengenai khabar angin kononnya beliau bakal menerima menantu dari Sabah, merujuk kepada negeri asal Bella.
Bagaimanapun, beliau mengambil pendekatan tenang dan menyerahkan segala kemungkinan kepada ketentuan Ilahi, tanpa memberi sebarang pengesahan mahupun menafikan spekulasi tersebut.
“Hal sebegini kita serah pada Allah. Segala-galanya ketentuan-Nya. Kadang-kadang ada orang bercinta bertahun-tahun pun tidak menjadi jika Allah tidak izin. Apa pun, saya hanya mendoakan yang terbaik,” katanya.
@ciksri89 Mama syed saddiq jawab soalan tentang bella😁 #bellaastillah #syedsaddiq #spacedollah #primavalet #fyp
Dalam pada itu, Sharifah Mahani turut memaklumkan bahawa beliau pernah bertemu Bella sebelum ini, namun pertemuan itu berlaku dalam tempoh singkat ketika di rumah Syed Saddiq dan tidak sempat untuk mengenali penyanyi itu secara lebih dekat.
Terdahulu, Syed Saddiq dan Bella sering menjadi perhatian warga maya apabila muncul bersama dalam beberapa acara, sekali gus mengundang pelbagai spekulasi mengenai status sebenar hubungan mereka.
Namun setakat ini, baik daripada pihak Syed Saddiq mahupun Bella sendiri, tiada sebarang kenyataan rasmi dibuat bagi mengesahkan atau menafikan dakwaan tersebut.
Kredit: TikTok 21dhia, ciksri89