Gardenia sememangnya antara jenama roti yang mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Mana taknya, masa mula-mula PKP dulu,pihak Gardenia ada mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak dapat memenuhi permintaan stok yang meningkat di kedai-kedai pada waktu itu.

Stok roti Gardenia bertaburan

Menurut perkongsian di Facebook, sebuah lori yang membawa stok roti Gardenia telah terlibat dalam kemalangan awal pagi semalam. Kejadian ini telah berlaku di sekitar Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Lori remuk, pemandu lori roti cedera

Pemandu lori roti Gardenia berkenaan dikatakan telah terlibat dalam kemalangan yang membabitkan sebuah lori penghantaran dan juga sebuah lagi lori tangki minyak.

Posted by Mohammad Hisham on Khamis, 25 Jun 2020

Lori roti Gardenia ini dikatakan dalam perjalanan untuk menghantar roti di sekitar selatan tanah air iaitu Tangkak, Segamat dan juga Muar.


[fbcomments]