fbpx

Seorang penjawat awam telah ditahan kerana berkhalwat bersama rakan sekerja selepas suaminya membuat aduan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) pada Sabtu yang lalu.

Dua Yang Ditahan Adalah Anggota Polis

Memetik laporan Harian Metro, difahamkan dua penjawat awam yang ditahan dalam operasi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) adalah anggota polis berpangkat Sarjan Mejar dan Koperal.

Menurut Penolong Pengarah Kanan selaku Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAIPP, Alamin Majok memaklumkan bahawa serbuan dijalankan pada jam 1.30 pagi di sebuah hotel di Tanjung Tokong dan pihak mereka berjaya menahan seorang lelaki dan wanita yang masing-masing berusia 37 tahun.

“Semakan mendapati lelaki dan wanita itu bersekedudukan tanpa mempunyai sebarang ikatan pernikahan yang sah. Mereka ditahan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 iaitu berkhalwat,” jelasnya sambil memberitahu suami kepada wanita berkenaan turut berada di lokasi serbuan.

Bakal Dikenakan Tindakan Tatatertib

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, kedua-duanya bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya.

“Arahan bertukar jabatan sudah dikeluarkan serta-merta dan tindakan tatatertib diambil oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang,” ujarnya.

Kredit: Harian Metro

[fbcomments]