Baru-baru ini tular di media sosial berkenaan tentang seorang lelaki bernama Awie yang meluahkan perasaan rindunya terhadap isterinya, Syerah, yang kini sedang koma akibat komplikasi selepas menjalani pembedahan caesarean kecemasan atau ’emergency caesarean’ ketika melahirkan anak mereka.
Suami Luah Rasa Rindu, Isteri Masih Koma Akibat Komplikasi Pembedahan Caessarean
Difahamkan, isterinya telah lebih 17 hari tidak sedarkan diri selepas mengalami kecederaan pada bahagian otaknya, yang berlaku selepas jantungnya berhenti beberapa minit ketika pembedahan tersebut.
Awie, yang tidak putus-putus berdoa untuk kesembuhan isterinya, meluahkan perasaan sedih dan rindu dalam hantaran yang dimuat naik di TikTok, berharap agar Syerah dapat kembali sedar untuk melihat anak mereka yang baru dilahirkan.
“17 hari dah isteri saya di unit rawatan rapi (ICU) akibat emergency caesarean yang mengakibatkan komplikasi jantung berhenti tiga atau empat minit sehingga kecederaan otak.
“Berat ujian kita kali ini sayang, b hari-hari doa agar sayang kembali sembuh dan sedar dari tidur mu yang panjang, bangun lah isteriku.
“Anakmu sedang menunggu ibunya, hari-hari b gelap sayang, b rindu nak dengar suara sayang, rindu nak usik sayang nak gelak sama-sama,” tulis Awie.
Sebelum pembedahan, Awie menyatakan bahawa Syerah menunjukkan reaksi positif, namun ternyata keadaan fizikalnya sudah lemah. Awie mengakui bahawa Syerah terlalu risaukan keselamatan bayi mereka, sehingga mengambil risiko demi memastikan kelahiran berjalan dengan baik.
“Sebelum sayang koma b nampak muka sayang senyum b yakin sayang kuat sebaliknya b tak sangka yang sayang dah lemah. Sayang terlalu risaukan baby dalam perut sampai sayang sanggup ambil risiko ini,” ceritanya lagi.
Awie menegaskan bahawa dia akan sentiasa menjaga Syerah dan anak mereka dengan sepenuh hati selagi hayat dikandung badan. Dia juga menyifatkan Syerah sebagai isteri yang sempurna dan terbaik dalam hidupnya.
“Terima kasih sayang sanggup berkorban untuk b, selagi b bernyawa b akan jaga sayang dan anak kita. Di mata b sayang dah menjadi isteri yang sangat sempurna. Semoga syurga buat mu nanti sayang,” ujarnya di akhir kata.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa simpati dan mendoakan agar isteri Awie segera sembuh dan pulih seperti sedia kala. Mereka juga memberikan sokongan moral kepada Awie, mengharapkan agar keluarga kecil ini dapat melalui ujian berat dengan penuh kekuatan dan kesabaran.
Kredit: TikTok syerahhh