fbpx

Hancur luluh hati suami apabila melihat jasad isteri yang sudah tidak bernyawa selepas terlibat dengan kemalangan jalan raya dan digilis sebuah treler di Jalan Sungai Ular, Kulim.

Suami meraung disisi tubuh kaku isteri

Suami kepada mangsa, Ahmad Norrizman yang lalu secara kebetulan di jalan tersebut meluru terus ke arah jasad isterinya lalu terus memeluk, menangis dan meraung sekuat hati, tidak dapat menahan tangisan di sisi jasad isterinya.

Kejadian ini mengundang sebak pada orang ramai. Difahamkan suami mangsa merupakan orang kurang upaya (OKU) bisu dan pasangan ini baru sahaja menimang cahaya mata pertama tujuh bulan yang lalu.

Setibanya di lokasi, penunggang motosikal dipercayai hilang kawalan dan terbabas sebelum terjatuh ke bawah treler. Berikutan itu, mangsa digilis tayar di bahagian belakang treler berkenaan.

Kejadian itu menyebabkan penunggang motosikal itu maut di tempat kejadian.

[fbcomments]