Tular di media sosial baru-baru ini yang memaparkan seorang lelaki bergelar suami telah kantoi curang selepas isterinya menyerbu sebuah hotel di Port Dickson, Negeri Sembilan hingga mendapat perhatian ramai.

@_itsmetrishaa91

CURANG #curangitupilihanbukankesilapan #curangitupilihanbukanpaksaan #curang #portdikson #fypシ゚viral #fyppppppppppppppppppppppp #penyondollakiorang

♬ Masing Masing – Encik Senget

Suami Kantoi Curang

Menerusi video yang dimuat naik oleh @_itsmetrishaa91 di laman TikTok, kelihatan seorang wanita yang dipercayai isteri kepada lelaki berkenaan tiba di sebuah hotel sebelum menuju ke sebuah bilik untuk mengetahui keberadaan suaminya bersama wanita lain.

Dalam video berkenaan, dapat dilihat lelaki terbabit telah memukul isterinya berkali-kali tanpa belas kasihan sebelum mangsa ditarik dan dipukul lagi di perkarangan parkir kereta kerana kantoi perbuatan curangnya itu.

Difahamkan, wanita berkenaan baru sahaja habis berpantang dan lelaki terbabit telah berlaku curang ketika isterinya hamil lagi.

Polis Buka Kertas Siasatan

Susulan kejadian itu tular di seluruh platform, polis telah membuka kertas siasatan. Menurut Ketua Polis Daerah Port Dickson iaitu Superintendan Aidi Sham Mohamed, beliau memaklumkan bahawa pihaknya ada menerima maklumat mengenai video tular berdurasi 31 saat di media sosial yang memaparkan pasangan berusia 37 dan 38 tahun bergaduh di sebuah hotel.

“Siasatan mendapati kejadian berlaku pada 24 Mei lalu pukul 9.50 pagi di sebuah Hotel di Port Dickson dan pergaduhan itu membabitkan sepasang suami isteri.

“Punca kejadian dipercayai suaminya telah berlaku curang dan tidur di sebuah hotel,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Akibat daripada pergaduhan itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian pipi dan beberapa anggota badan yang lain. Mangsa juga sudah membuat laporan dan kes disiasat di bawah Seksyen 323/18A Akta Keganasan Rumahtangga.

Kredit: TikTok _itsmetrishaa91, Harian Metro

[fbcomments]