Konflik rumah tangga pelakon dan model Zahnita Wilson bersama suaminya, Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor, terus mencuri perhatian ramai apabila Zackery tampil mendedahkan sisi lain dalam pergolakan hubungan mereka.

Suami Zahnita Wilson Tampil Dedah Kisah Sebenar

Zackery, 47, menafikan tuduhan keganasan rumah tangga seperti yang didakwa bekas isterinya, Zahnita. Sebaliknya, beliau mendakwa dirinya yang sering menjadi mangsa sepanjang 20 tahun perkahwinan mereka.

Tambahnya, Zahnita yang pernah mempelajari seni bela diri Muay Thai didakwa beberapa kali menyerangnya secara fizikal.

Zackery turut berkongsi bahawa pergaduhan antara mereka memuncak sekitar awal tahun 2024, apabila Zahnita tanpa pengetahuannya menyewa sebuah rumah untuk menjalankan perniagaan pai.

“Dia terlalu sibuk dengan perniagaannya sehingga mengabaikan kebajikan anak-anak. Saya tidak puas hati kerana anak bongsu kami, Abd Zayden yang menghidap autisme, memerlukan perhatian lebih. Tetapi dia seolah-olah lebih fokus pada perniagaannya,” ujarnya.

Menurut Zackery, apa yang paling menyedihkan adalah Zahnita didakwa tidak memberi keutamaan kepada keluarga mereka meskipun dia sebagai suami sentiasa bersabar dan memberi ruang untuk isterinya memperbaiki keadaan.

Anak Sulung Zahnita Wilson Dedah Gambar Lebam Ibu Adalah Foto Lama

Video di bawah:

https://vt.tiktok.com/ZS6ah3THf/

Dalam pada itu, anak sulung mereka yang bernama Zahrafeena, 18, turut tampil memberi kenyataan.

Zahra mendakwa gambar lebam di mata kiri Zahnita yang dikongsi di media sosial pada Disember lalu adalah foto lama yang digunakan semula.

“Ibu sudah merancang untuk berpindah selepas saya habis peperiksaan SPM, tetapi hal ini menjadi tular lebih awal.

“Di sekolah cikgu ada bertanya adakah saya dipukul? Saya jelaskan tiada siapa yang dipukul dan gambar dikongsi oleh ibu itu adalah foto lama,” jelasnya.

Zahra turut menyatakan bahawa konflik rumah tangga tersebut memberi tekanan kepadanya, terutama ketika sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Sebagai anak saya memang kecewa dan tertekan dengan apa yang berlaku. Hendak fikir SPM, fikir tentang dia (Zahnita) lagi. Apa yang ibu buat ini pada masa tidak tepat.

“Dia bagaikan tidak ambil kisah fasal saya yang sedang menduduki SPM. Dia lebih fokus tentang diri sendiri,” katanya.

Zahra juga memilih untuk tinggal bersama bapanya kerana mendapati keadaan lebih tenang di sana.

“Tiada siapa yang paksa. Saya yang mahu tinggal bersama ayah. Tinggal bersama ayah lebih chill (tenang).

“Saya boleh sahaja berjumpa ibu kerana rumahnya tidak jauh dari sini. Tetapi saya memilih untuk tidak berjumpa sebab kebelakangan ini ibu selalu marah bila berjumpa,” tambahnya.

Konflik rumah tangga pasangan ini mula mendapat perhatian selepas Zahnita memuat naik gambar lebam di mata kirinya pada Disember 2024, mendakwa ia berpunca daripada keganasan Zackery. Zahnita kemudian memfailkan cerai sehari selepas pendedahan itu dan mendakwa menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Namun, Zackery menafikan semua tuduhan tersebut dan tampil mempertahankan dirinya. Beliau turut ditahan pada hari sama untuk siasatan, tetapi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuantan atas tuduhan mencederakan isterinya.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2005 dan dikurniakan empat anak, termasuk Abd Zayden, 4, yang menghidap autisme.

Kredit: Mstar

 

[fbcomments]