Beberapa hari lalu, kecoh mengenai kontroversi seorang artis berhijab, Natasha Hudson yang memakai gaun putih menampakkan bahagian bahu dan sebahagian betisnya semasa pelancaran produk suplemen.


Rata-rata warganet mengecam tindakan artis tersebut dan tak kurang juga ada yang melabel dirinya itu merosakkan imej wanita berhijab.

Ditambah pula dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pereka busana tersebut, Rizman Ruzaini yang turut terkejut dengan tindakan Natasha.

BACA : “Ini Bukan Pelancaran Kedai Mamak” – Jawapan Natasha Hudson Bila Dikecam Pakai Baju Tayang Bahu & Betis


Namun malangnya kenyataan beliau telah ditepis oleh penganjur acara yang menasihati agar pereka fesyen itu tidak perlu melatah dan menghentam.

Natasha juga tampil menjelaskan pendiriannya yang menganggap kenyataan Rizman Ruzaini berbaur peribadi dan meminta pereka fesyen itu membuat permohonan maaf.

BACA : Busana Muslimah Seksi : “Macam Hina Sangat, Baju Dibeli Dengan Duit, Bukan Air Liur”

Terbaru, Rizman Ruzaini memuat naik sekeping gambar di laman Instagram mengenai seorang wanita jelita yang juga merupakan personaliti masakan YouTube, Sugu Pavithra tampil elegan mengenakan gaun sama seperti Natasha sebelum ini.

Gaun ini dipinjam untuk sesi penggambaran dan mereka turut membawa penata gaya memantau sesi fotografi itu.

Malangnya gaun itu terlalu terdedah untuk Pavithra, yang mana Pavithra kurang selesa. Dia kemudiannya meminta agar bahunya ditutup dengan sempurna

Rizman Ruzaini berkongsi bahawa Pavithra pernah meminta agar bahagian terdedah itu ditutup ketika sesi fotografi untuk sebuah majalah.

Pemintaan Pavithra dipersetujui oleh penata gaya yang berada di set penggambaran dan semua pihak.

Tambahnya lagi, walaupun bukan seorang Muslim, namun wanita itu memilih untuk menghayati dan menghormati adat dan budaya leluhur bangsanya.

[fbcomments]