Sebuah rakaman video tular memaparkan aksi seorang penghantar makanan sujud di atas jalan raya tanpa alas baru-baru ini mencuri perhatian warga maya selepas dikongsikan di media sosial.
@nurainzulaika1 semoga dimudahkan Urusan 😰#nmpak dia mcm ada masalah #fyppppppppppppppppppppppp #ujianrumahtangga
Penghantar Makanan Tular Sujud Di Sisi Jalan, Rupa-Rupanya Alami Tekanan Akibat Penyakit Ekzema
Video berdurasi kira-kira 30 saat itu menunjukkan seorang lelaki dalam pakaian seragam penghantar makanan berada dalam posisi sujud di sisi motosikalnya, seolah-olah sedang bergelut dengan tekanan emosi. Insiden tersebut dipercayai dirakam dari dalam sebuah kenderaan oleh pengguna jalan raya lain yang meluahkan rasa simpati terhadap lelaki terbabit.
“Ya Allah, permudahkan urusan abang Grab ni, nampak dia macam ada masalah,” tulis pemilik video.
![]()
Susulan video berkenaan tular, seorang wanita dipercayai kakak kepada penghantar makanan berkenaan memaklumkan bahawa adiknya sedang melalui tekanan akibat penyakit ekzema kronik yang telah dialami sejak lahir. Katanya, situasi kesihatan itu memberi kesan besar terhadap emosi dan kehidupan seharian adiknya.
Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada individu yang prihatin dan mendoakan agar adiknya, yang dikenali sebagai Mohd Hafiz, segera diberi kesembuhan serta kekuatan untuk meneruskan kehidupan.
Meninjau ke ruangan komen di media sosial, rata-rata pengguna meluahkan rasa simpati dan sebak terhadap keadaan yang dialami lelaki tersebut. Ramai turut menitipkan doa dan kata-kata semangat agar beliau terus kuat menghadapi ujian hidup.
![]()
Kredit: TikTok nurainzulaika1