Susulan bencana banjir melanda di beberapa negeri, ramai selebriti tampil menghulurkan bantuan sumbangan bagi meringankan beban mangsa terlibat.
Bantuan berupa makanan dan juga minuman sudah pasti diberikan kepada mereka di pusat pemindahan memandangkan kesukaran bergerak kemana-mana ekoran keadaan sekeliling ditenggelami air. Namun bagaimana dengan bantuan keperluan lain?
Sumbang bra dan seluar dalam
Berlainan pula dengan pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahira ini dimana dia telah melakukan inisiatif mengumpul baju terpakai untuk diserahkan kepada mereka memerlukan.

Selain makanan dan minuman, Shahira turut memberi bantuan pakaian dalam. Ini kerana pakaian juga amat penting buat mangsa banjir terutama sekali pakaian dalam.
Tak kisah pun digelakkan
Tambah beliau lagi, dia juga tidak kisah ditertawakan kerana tahu pakaian dalam adalah sangat penting walaupun terdengar kelakar.
Difahamkan dia menggunakan duit hasil sumbangan orang ramai bagi membeli seluar dan baju dalam baharu bagi di hantar ke Pahang.
Selain daripada pakaian, dia turut melakukan infaq air bersih kepada mangsa-mangsa banjir di Pahang berikutan kampung halamannya turut mengalami banjir.